HATIKU TENANG DENGAN AL-QURAN

[E-BOOK] – HATIKU TENANG DENGAN AL-QURAN

[BERPEGANG TEGUH KEPADA ALQUR’ĀN DAN SUNNAH DAN BERAMAL DENGANNYA]

“Daku telah tinggalkan dua perkara buat kalian. Kalian tidak akan sesat selama-lamanya, selama kalian berpegang teguh dengannya: Kitābullāh, dan Sunnah Nabi-Nya.”

[KASIH SAYANG NABI ṢALLALLĀHU ‘ALAYHI WA SALLAM KEPADA KITA DAN 7 AḤRUF AL-QUR’ĀN SEBAGAI RUKHṢAH]

(Jibrīl) berkata, “(Allāh berfirman): Bagi setiap jawapan (buatmu), ada satu permintaan yang dikau boleh minta daripadaKu.” Daku berdoa, “Wahai Allāh, ampunkanlah umatku.” Dan daku tangguhkan (permintaan) yang ketiga untuk Hari (Kiamat), di mana seluruh makhluk menginginkanku (syafaatku), hatta Ibrāhīm ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam.”

[TAFSIR DAN KEPENTINGANNYA]

Diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbās, beliau berkata: “Tafsir al-Qur’ān itu ada empat awjuh (jenis); Tafsir yang diketahui oleh bangsa Arab. Tafsir yang diketahui para ulama. Tafsir yang tidak diterima uzur sesiapapun yang tidak mengetahuinya (yakni yang wajib diketahui) – Abū Bakar berkata: yakni berkenaan halal dan haram. Serta, tafsir yang takwilannya tidak diketahui (sesiapapun) melainkan Allāh, sesiapa mendakwa (memiliki) pengetahuannya, dia adalah seorang pendusta.”

[PROSES PENURUNAN AL-QUR’ĀN]

Diriwayatkan daripada Sa‘īd bin Jubayr, daripada Ibn ‘Abbās, berkenaan (tafsiran) firman-Nya , yang mafhumnya,  “Sesungguhnya Kami turunkannya (alQur’ān) pada Laylatul Qadar”, katanya: “(al-Qur’ān) Diberikan kepada Jibrīl pada Laylatul Qadar secara sekaligus. Lalu dibawa ke Bayt ‘Izzah. Kemudian mulalah ia diturunkan (kepada Rasūlullāh). Tempoh di antara permulaan (penurunan al-Qur’ān itu) dan penghujungnya ialah 23 tahun.”

[TADABBUR AL-QUR’ĀN]

Abū Bakar (al-Idfuwī) berkata: Wajiblah bagi ahli al-Qur’ān yang berakal, untuk membacanya dengan ḥaqqa tilāwatih (sebenar-benar bacaan). (Allāh berfirman, mafhumnya):  “Kenapakah mereka tidak menghayati alQur’ān?” (Muḥammad, 24)

[E-BOOK] – HATIKU TENANG DENGAN AL-QURAN

PANDUAN RINGKAS UNTUK MEMAHAMI ISLAM

[E-BOOK] – PANDUAN RINGKAS (BERILUSTRASI) UNTUK MEMAHAMI ISLAM

Buku ini adalah panduan ringkas untuk memahami Islam. Ia terdiri daripada tiga bab.

Bab pertama, “Beberapa Bukti Tentang Kebenaran Islam”, menjawab beberapa soalan penting yang sering ditanya oleh sesetengah orang,

  • Adakah al-Quran benar-benar ayat dari Allah yang diturunkan oleh Dia?
  • Adakah Nabi Muhammad s.a.w benar-benar rasul yang diutus oleh Allah?
  • Adakah Islam benar-benar agama Allah?

Bab kedua, “Beberapa Kelebihan Islam” menyebut tentang beberapa kelebihan yang diberi oleh Islam kepada seseorang indinidu seperti:

  • Pintu ke syurga yang abadi
  • Selamat dari api neraka
  • Kebahagiaan hakiki dan ketenangan rohani
  • Pengampunan di atas segala dosa yang lalu

Bab ketiga, “Maklumat Am Tentang Islam”, memberi maklumat am tentang Islam, membetulkan beberapa salah faham tentang Islam, dan menjawab beberapa soalan yang ditanya, seperti:

  • Apakah pandangan Islam tentang keganasan?
  • Apakah status wanira di dalam Islam?

Untuk Baca ONLINE atau MUAT TURUN e-book sila KLIK –

[E-BOOK] – PANDUAN RINGKAS (BERILUSTRASI) UNTUK MEMAHAMI ISLAM

Syeikh Muhammad Abdul Wahhab – Tokoh Yang Dizalimi

[E-BOOK] – SYEIKH MUHAMMAD ABDUL WAHAB – TOKOH YANG DIZALIMI

Tidak dinafikan ramai individu menulis mengenai sejarah dakwah al-Salafiyyah menerusi pelbagai bahasa sama ada bertujuan menyatakan pujian mahupun celaan terhadapnya. Ia sama ada perbahasan berjilid tebal, sederhana mahupun berbentuk ringkasan. Namun jarang maklumat terkumpul menerusi sebuah penulisan yang diulas, diteliti serta menerima pengesahan. Ini menyukarkan penuntut ilmu sehingga terpaksa mengkaji keseluruhan penulisan serta melakukan penelitian dalam usaha membezakan maklumat benar serta yang salah.

Untuk Baca ONLINE atau MUAT TURUN e-book sila KLIK –

[E-BOOK] – SYEIKH MUHAMMAD ABDUL WAHAB – TOKOH YANG DIZALIMI

Pelan Strategi Syiah 50 Tahun Menguasai Dunia Islam

[E-BOOK] – PELAN STRATEGI SYIAH 50 TAHUN MENGUASAI DUNIA ISLAM

Dokumen ini disebarkan oleh Ikatan Ahlus Sunnah di Iran dan juga majalah-majalah di beberapa negara ahlus sunnah, termasuk di antaranya Majalah al-Bayan, edisi 123, Mac 1998. Teks asal adalah dalam bahasa Parsi dan diterjemahkan ke dalam bahasa Arab oleh Dr. Abdul Rahim al-Balusyi.

Untuk Baca ONLINE atau MUAT TURUN e-book sila KLIK –

[E-BOOK] – PELAN STRATEGI SYIAH 50 TAHUN MENGUASAI DUNIA ISLAM

Membersihkan Salah Faham Terhadap Dakwah Sheikh Muhammad Abdul Wahhab

[E-BOOK] – MEMBERSIHKAN SALAH FAHAM TERHADAP DAKWAH SHEIKH MUHAMMAD ABDUL WAHHAB

Kebelakangan ini istilah Wahabi sering diperkatakan. Namun dari pengamatan, ramai yang memperkatakannya tanpa mengetahui fakta yang sebenar di sebaliknya. Hasilnya, banyak salah faham dan buruk sangka timbul di kalangan masyarakat tentang apakah Wahabi, sejarah kelahirannya serta pegangannya.

Untuk Baca ONLINE atau MUAT TURUN e-book sila KLIK –

[E-BOOK] – MEMBERSIHKAN SALAH FAHAM TERHADAP DAKWAH SHEIKH MUHAMMAD ABDUL WAHHAB

Fiqh Keutamaan

[E-BOOK] – FIQH KEUTAMAAN

Kajian yang penulis (Dr Yusuf al-Qardhawi) sajikan di hadapan anda sekarang ini merupakan sebuah topik yang kami anggap sangat penting, kerana ia adalah penyelesaian terhadap tiadanya keseimbangan –dari sudut agama– dalam memberikan penilaian terhadap perkara-perkara, pemikiran dan perbuatan; mendahulukan sebahagian perkara atas sebahagian yang lain; mana perkara yang perlu didahulukan, dan mana pula perkara yang perlu diakhirkan; perkara mana yang harus diletakkan dalam urutan pertama, dan perkara mana yang mesti ditempatkan pada urutan ke tujuh puluh pada anak tangga perintah Tuhan dan petunjuk Nabi saw. Persoalan ini begitu penting mengingat keseimbangan terhadap masalah-masalah yang perlu diprioritaskan oleh kaum Muslimin telah hilang dari mereka pada zaman kita sekarang ini.

Untuk Baca ONLINE atau MUAT TURUN e-book sila KLIK –

[E-BOOK] – FIQH KEUTAMAAN